LAPORAN PENGAWETAN KERING SERANGGA
Pengenalan :
Serangga yang dikumpul boleh diawet untuk tujuan penyelidikan. Teknik
dan bahan pengawetan yang digunakan untuk mengawet serangga bergantung kepada
jenis serangga dan tujuan pengawetan. Antara teknik yang sesuai digunakan untuk
mengawet serangga ialah teknik pengawetan kering. Pengawetan kering bermaksud
spesimen yang tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet (Ellyza
& Rosmawati, 2015). Spesimen yang diawet secara kering
tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang
diberi perhatian. Tempat menyimpan haruslah kering, gelap dan bebas daripada
kehadiran sebarang perosak dan berhawa dingin untuk menghalang pembentukan
kulat (Wellheiser,
2013). Dalam eksperimen pengawetan ini, kumpulan kami telah mengumpul empat
jenis serangga iaitu kupu-kupu, pepatung, cengkerik dan kumbang untuk diawet.
Bahan dan radas :
Spesimen serangga, larutan formalin 3%, larutan kloroform, pin, papan
polistrin, kertas, kotak menyimpan spesimen, gabus, forseps, kapas, balang kaca
dan picagari.
Prosedur :
Langkah 1
Serangga
yang ingin diawet dikumpulkan. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik
supaya serangga yang dipilih dan ditangkap tidak rosak ataupun mengalami
sebarang kecederaan. Terdapat
beberapa alatan yang
digunakan untuk menangkap
serangga. Antara alatan yang kami gunakan untuk menangkap serangga ialah
jaring serangga, beg plastik, botol spesimen da forceps.
Langkah 2
Serangga
yang telah ditangkap diletakkan di dalam sebuah bekas untuk sementara waktu
sebelum dimatikan. Seterusnya, serangga tersebut dipindahkan ke dalam sebuah
balang kaca berisi kapas yang dibasahkan dengan kloroform.
Langkah 3
Kemudian,
spesimen tersebut disuntik dengan formalin berkepekatan 3% pada bahagian
kepala, toraks dan abdomen. Formalin berfungsi bagi mengeraskan tisu jika
dibandingkan dengan alkohol yang mana akan melembutkan spesimen. Setelah itu,
spesimen terus diletakkan di atas papan khas dan dikembangkan bagi mengelakkan
sayapnya tidak rosak.
Langkah 4
Serangga
yang telah disuntik dikeringkan selama dua minggu bagi memastikan spesimen tersebut
akan bertahan lebih lama. Spesimen serangga perlu dikeringkan bagi tujuan untuk
melambatkan proses jangkitan kuman pada spesimen. Proses pengeringan ini juga boleh
dijalankan dengan meletakkan spesimen serangga di dalam ketuhar pada suhu 50oC
hingga 600oC.
Langkah 5
Seterusnya,
spesimen serangga dipinkan di atas polisterin supaya spesimen tidak bergerak. Langkah ini dijalankan dengan berhati-hati supaya
struktur asal serangga tersebut tidak terjejas. Proses pengepinan bagi setiap
serangga adalah berbeza mengikut jenis serangga.
Langkah 6
Seterusnya,
serangga yang dipin kemudiannya dilabelkan di atas polisterin pada bahagian
tertentu. Spesimen ini juga dilabelkan dengan maklumat spesimen seperti nama
saintifik, nama am, famili, lokasi spesimen ditemukan, tarikh dijumpai, nama pengumpul
dan ciri-ciri spesimen tersebut. Pelabelan ini amat penting sebagai sumber
rujukan untuk identiti setiap spesimen.
Langkah 7
Akhir
sekali, spesimen disimpan di dalam satu kotak yang berbingkai dan lutsinar di
bahagian atas supaya bahagian yang dilabel dapat dilihat.
Rujukan :
Ellyza
Karim & Rosmawati Shahruddin. (2015). Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber (Sains Pendidikan Rendah).
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Paulson,
S.G. (2005). Handbook to the Construction and Use of Insect Collection and
Rearing Devices. Berlin : Springer
Science & Business Media.
Wellheiser,
J.G. (2013). Nonchemical Treatment Processes for Disinfestation of
Insects and Fungi in Library
Collections. Berlin : Walter de Gruyter.
SCES3073
KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Tajuk
Kerja
kaca
Tujuan
Membengkokkan
tiub kaca dan membuat penitis
Pengenalan
Kaca
berasal dari bahan yang bersifat cecair tetapi mempunyai kepadatan tinggi dan
struktur amorfus. Zarah-zarah di dalamnya tidak membentuk suatu jalinan yang
teratur seperti kristal. Kaca kebanyakan dibuat daripada silika (SiO2) yang menghasilkan
takat lebur yang tidak terlalu tinggi. Terdapat 2 jenis kaca yang umum dan
boleh didapati di dalam makmal sains iaitu kaca soda kapur dan kaca
borosilikat. Kaca soda kapur merupakan kaca campuransoda, batu kapur dan
silika. Ianya cair apabila dipanaskan pada suhu 300-400℃ dengan penunu Bunsen. Kebanyakan tiub kaca
diperbuat daripada kaca soda kapur. Kaca borosilikat boleh lembut apabila
mencapai suhu lebih daripada 700℃. Kaca
ini tahan pada suhu yang tinggi. Kebanyakannya radas seperti tabung didih dan
bikar diperbuat daripada kaca borosilikat. Kerja kaca memerlukan beberapa
kemahiran asas teknik pemotongan dan pemprosesan kaca. Dengan mengenali jenis
dan sifat kaca, kita boleh memotongatau membentuk tiub kaca menjadi alatan asas
yang kerap digunakan dalam makmal sains. Bahan dan radas Tiub kaca dan penunu
Bunsen Prosedur A. Membengkokkan tiub kaca 1. Tiub kaca dipanaskan dalam api
penunu Bunsen sambil tiub diputarkan terus- menerus. 2. Apabila kaca menjadi
lembut dan hampir melendut, tiub dikeuarkan tiub dari api dan tiub dibengkokkan
mengikut bentuk 45̊. 3. Kedua-dua hujung tiub dipegang dan dibengkokkan
perlahan-lahan menuju ke atas supaya bahagian lembut membentuk bentuk yang
sesuai.
Perbincangan
- Kerja kaca perlulah dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
- Semasa membengkokkan tiub kaca, elakkan untuk menyentuh bahagian yang telah dipanaskan kerana ia akan boleh melecurkan kulit.
- Semasa mengendalikan kerja kaca, penggunaan goggle digalakkan untuk mengelakkan serpihan kaca terkena dengan mata serta sarung tangan kain digunakan untuk mengelakkan jari terkena dengan kawasan yang panas.
- Kesalahan umum yang saya lakukan semasa melakukan eksperimen ini ialah saya bersikap cuai di mana saya memegang kawasan yang panas tanpa menggunakan sarung tangan. Jari saya juga luka kerana terkena dengan serpihan kaca yang tajam.
- Aplikasi kaca dalam kehidupan seharian adalah cermin mata, cermin tingkap, cermin kereta dan pada bangunan.
No comments:
Post a Comment